Selasa, 19 Februari 2013

CINTA DI BRUNEI



Perkongsian ini dirakamkan semasa saya di brunei.Slot saya yang bertajuk 'CINTA'.Namun siapa saya untuk bercakap soal cinta,tetapi hakikatnya CINTA ITULAH KEPENTINGAN MANUSIA.Bayangkan sekiranya kita kaya raya ada semua harta benda dan kemewahan,namun kita tidak ada cinta dalam kehidupan,apakah perasaan kita mengahadapi hari-hari mendatang.Manusia mempunyai tahap-tahap tertentu dan Cinta berkait rapat dengan Kasih sayang.Perkataan kasih sayang inilah yang memberikan kita semua kekuatan untuk berdiri dengan teguh pada hari ini.Cuba kita semua bayangkan,sekiranya ibu dan bapa kita membesarkan kita tanpa kasih sayang,saya rasa cukup jelas,mungkin kita sudah tidak dapat menikmati keindahan dunia masa kini,kerana kasih sayang adalah kekuatan dalaman,lalu kekuatan ini disalurkan ke minda untuk diproses dan turun kepada tindakan,kasih sayang yang tidak ternilai,menyebabkan kita menjadi siapa kita sekarang.Ibu bapa mana  yang tidak mahukan kejayaan dari anak-anaknya.Namun jika kita audit diri kita,sekiranya kita masih lagi tidak berjaya,bermakna kita tidak curah kasih sayang yang sepenuhnya pada diri kita.Bercakap mengenai kasih sayang,cinta dan rasa,kita semua perlu bersyukur kerana CINTA AGUNG MENGATASI SEGALANYA,saya berkongsi beberapa perkara dengan warga brunei tentang perjalanan diri saya yang sentiasa dhaif dan khilaf,namun akhirnya saya berjumpa dengan kasih sayang RABB yang maha cinta.Betapa RABB mengasihi hambanya lalu diberi kefahaman,lalu diberikan kekuatan untuk membuat pilihan berubah ke arah kebaikan,ye Kasih sayang RABB, sejak kita lahirkan memang tidak putus2,cuba lihat dalam SURAH AR-RAHMAN,berapa banyak kali ALLAH  mengatakan tentang nikmat yang mana yang hendak kita dustakan?Tidak sedarkah kita lagi tentang perkara itu?Namun perkongsian hampir 1 jam 30 minit bersama warga brunei mmg memberikan kesan yang positi kepada diri saya juga,kerana lebih banyak kita bercakap,lebih banyak kita berusaha untuk istiqamah,CINTA ITU LUAS,DAN APA YANG KITA ADA ITULAH CINTA,TIDAK PERLU DISEMPITKAN PERKATAAN CINTA UNTUK PERKARA2 NEGATIF NAMUN BERUSAHA LA MENGEJAR CINTA HAKIKI YANG NIKMATNYA MEMANG TIDAK AKAN PUTUS2!!ALHAMDULLILLAH... Remaja@Hijrah akan menyusul nanti..nantikan update HIJRAH HAKIKI.NET

Tiada ulasan:

Catat Ulasan