Isnin, 25 Februari 2013

"HARI BARU"



Termenung seketika..namun insyaALLAH ada penyampaian dan isinya..Alhamdullillah..gambar di atas masa saya di MINA,MEKKAH.
 
Kenapa tajuk slot ini adalah "HARI BARU"..kerana setiap hari pada diri kita semua adalah hari baru..Setiap kita bangun dari tidur yang lena adalah hari baru..Namun bagaimana kita nak mengatur hari baru tersebut..Teringat saya pada satu ketika tersedar dari tidur,tiba2 fikiran terhenti dengan memikirkan bagaimana rasanya MATI??Nauzubillah..namun itu yang saya fikirkan..sungguh kita semua tidak akan tahu itu adalah rahsia ALLAH..didunia ni kita dah banyak bergerak,berfikir,bekerja dan sebagainya..Namun HARI KEMATIAN SEMUA MENGHAMPIRI KITA..orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati..Mati itu adalah pasti..Mati menanti kita semua di suatu suasana sunyi..Kerana hari-hari yang kita lalui adalah hari baru..Kenapa kita tidak memperbaharui amal kita?Kita semua sudah terlalu banyak membuang masa..cukuplah membuang masa..Hari ini Hari baru yang akan menjanjika sesuatu perkara pada kita semua..Cuma kita perlu rajin2 fikirkan peluang bagaimana ingin memperbaharui hari2 mendatang..akan tetapi..ye kita perlu ada kebergantungan yang kuat..Tidak LAIN DAN TIDAK BUKAN bergantung lah pada ALLAH yang satu..Dan janji ALLAH juga pasti..

Ahad, 24 Februari 2013

"BERFIKIR SEPERTI PEMIMPIN"


Gambar diatas merupakan aktiviti yang ke dua iaitu MODUL 2 "BERFIKIR SEPERTI PEMIMPIN",dimana adik2 ini perlu memperlihatkan kreativi ketika berkata-kata dan memberi ucapan.



Gambar seterusnya merupakan penerangan kepada resolusi modul2 yang telah dilaksanakan.Semoga adik2 Unikl BMI dapat mengaplikasikan perkara ini dan perkara baik ini dapat disebarkan agar semua dapat manfaat bersama dalam pembangunan ummah..kita doakan bersama..amin..

"Anda Yakin anda Berjaya"



Alhamdullillah..untuk permulaan HIJRAH HAKIKI.NET telah berkongsi 2 modul di Program adik-adik UNIKL bersama warga JPAM wilayah.Antara modul2 menarik yang telah dikongsikan adala modul 1 iaitu "anda yakin anda berjaya". Agak2 anda semua pernah pijak telur??Tapi telur itu xkan pecah walau sedikit pun.Ini lah antara modul menarik yang bakal HIJRAH HAKIKI.NET KONGSIKAN PADA ANDA SEMUA.Sila like page Hijrah Hakiki.net di facebook anda,dan kami akan update pelbagai program,modul yang boleh membawa manfaat kepada semua..Insya ALLAH..


Khamis, 21 Februari 2013

SYUKUR DI "KOTA BELUT,SABAH"



Alhamdullillah..syukur kehadrat Illahi..Gambar diatas diambil semasa saya berforum di kota belut,Sabah.Sempena forum aidilfitri yang bertajuk Syukur..
 
 
Alhamdullillah juga dengan kesihatan yang baik,saya cukup bersyukur dengan nikmat yang telah Allah curahkan pada kita semua.Dalam surah Ar-rahman,berkali-kali ALLAH sebut,Nikmat yang manakah yang ingin kamu dustakan?Beerti disini,nikmat yang Allah telah berikan kepada kita semua cukup besar.Yang paling perlu kita syukuri,nikmat nyawa,nikmat hidup,alhamdullilah,kita semua masih lagi mampu melihat keindahan dunia,masih lagi mampu menikmati segala kebaikan diatas muka bumi.Namun Isu yang saya ingin utarakan ada dikalangan adik2 remaja sanggup mencabut nyawanya sendiri kerana 'FRUST...Kenapa berlaku sedemikian..Kita sudah terperangkap dengan hasutan Syaitan yang durjana.Adakah dengan membunuh diri segala permasalahan selesai..sekiranya ALLAH membuka pintu hijab kita dan melihat BAGAIMANAKAH NERAKA,SUDAH TENTU KITA SEMUA TIDAK BERANI MEMPERLEKEHKAN NYAWA..Adik-adik remaja sekalian,saya ingin tekankan tentang,"FRUST PUTUS CINTA DAN BUNUH DIRI''.Ditinggalkan kekasih hati bukan lah bermakna dunia ini akn berakhir begitu sahaja.Kita hidup diatas muka bumi adalah untuk menjadi hamba ALLAH semata-mata dan melaksanakan perintah ALLAH..FRUST BERCINTA?,itu bukan yang Allah suruh,bahkan ALLAH SURUH KITA RAPATKAN LAGI DIRI KITA DENGANNYA.Berkaitan dengan bunuh diri,jangan lah terperangkap dengan DAKYAH SYAITAN yang akn merosakkan akidah kita semua..Muda masa terbaik untuk mendekatkan diri kepada ALLAH..hidup biar ada matlamat!Biar berwawasan!dan hari2 perlu ada WAWASAN HIDUP!jadi paculah kehidupan kita semua sebaiknya agar bertemu jalan yang lurus..ungkapan dan kata-kata ini hanyalah perkongsian dan khususnya juga ditujukan buat diri sendiri..
 
 
"Nyawa adalah anugerah,peliharalah anugerah allah"

Selasa, 19 Februari 2013

ADAB DENGAN RASULLULLAH DAN ADAB DENGAN MANUSIA


Gambar ini diambil sewaktu saya menunaikan ibadah umrah,gambar ini ditangkap selepas solat subuh dimana kita lihat ramai umat islam melakukan ibadah tawaf.Namun di mekkah dapat menyingkap beberapa buah kisah kita kepada Rasul tercinta. Saya menulis slot ini kerana bertujuan menjawab soalan dari adik2 yang bertanya,saya akan cuba membantu adik itu mana yang termampu.
 
Rasul tercinta banyak meninggalkan kita semua dengan al-quran dan as-sunnah yang perlu kita ambil tahu,amal dan sebarkan semula.Pada masa ini,teknologi menjadi keutamaan namun kita boleh twistkan teknologi kearah kecintaan pada Rasul insyaallah..
 
ADAB PADA RASUL
 
1.BERSELAWAT- cuba kita bayangkan pada akhir kewafatan Rasul tercinta,perkara akhir yang baginda ungkapkan adalah UMMATI,UMMATI,UMMATI..siapakah ummati itu?Ye,UMMATI itu adalah kita semua,betapa pada saat itu Rasul begitu mengasihi kita semua,namun adakah kita mengasihi Rasul??Jadi sahabat2 semua apa salahnya kita mengucapkan selawat pada Rasul setiap hari selepas solat,tidak mahukah kita semua kepada syafaat Rasul PADA HARI AKHIRAT KELAK?rugi lah kehidupan kita seharian dihabiskan masa untuk perkara-perkara lagha namun untuk berselawat jauh sekali..jadi FIKIRKANLAH..
 
2.MENZIARAHI MAKAM- Bagi yang tinggal di madinah,mungkin ada kemudahan untuk berulang kali menziarahi makam nabi,namun bagi kita di MALAYSIA khususnya,kerana itu kita perlu ada cita2 untuk menunaikan umrah dan haji serta berusaha kearah itu,apa guna duit banyak menghabiskan duit dengan membeli kemewahan namun untuk melawat makam nabi kita tidak ada usaha kearah itu,hidup kita hanyala rudi dan sia2 sahaja..jadi Fikirkan...
 
seterusnya ADAB PADA MANUSIA
 
1.MEMBERI SALAM- tidak ada apa yang istimewa pada diri kita sebagai umat islam namun malas untuk memberi salam.Salam itulah perkara murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.
 
2.MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI - manusia yang baik adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain secara ikhlas.
 
 
Diharapkan perkara-perkara ini dapat kita sama2 praktikan dan aplikasikan dalam kehidupan semasa kita semua..

CINTA DI BRUNEI



Perkongsian ini dirakamkan semasa saya di brunei.Slot saya yang bertajuk 'CINTA'.Namun siapa saya untuk bercakap soal cinta,tetapi hakikatnya CINTA ITULAH KEPENTINGAN MANUSIA.Bayangkan sekiranya kita kaya raya ada semua harta benda dan kemewahan,namun kita tidak ada cinta dalam kehidupan,apakah perasaan kita mengahadapi hari-hari mendatang.Manusia mempunyai tahap-tahap tertentu dan Cinta berkait rapat dengan Kasih sayang.Perkataan kasih sayang inilah yang memberikan kita semua kekuatan untuk berdiri dengan teguh pada hari ini.Cuba kita semua bayangkan,sekiranya ibu dan bapa kita membesarkan kita tanpa kasih sayang,saya rasa cukup jelas,mungkin kita sudah tidak dapat menikmati keindahan dunia masa kini,kerana kasih sayang adalah kekuatan dalaman,lalu kekuatan ini disalurkan ke minda untuk diproses dan turun kepada tindakan,kasih sayang yang tidak ternilai,menyebabkan kita menjadi siapa kita sekarang.Ibu bapa mana  yang tidak mahukan kejayaan dari anak-anaknya.Namun jika kita audit diri kita,sekiranya kita masih lagi tidak berjaya,bermakna kita tidak curah kasih sayang yang sepenuhnya pada diri kita.Bercakap mengenai kasih sayang,cinta dan rasa,kita semua perlu bersyukur kerana CINTA AGUNG MENGATASI SEGALANYA,saya berkongsi beberapa perkara dengan warga brunei tentang perjalanan diri saya yang sentiasa dhaif dan khilaf,namun akhirnya saya berjumpa dengan kasih sayang RABB yang maha cinta.Betapa RABB mengasihi hambanya lalu diberi kefahaman,lalu diberikan kekuatan untuk membuat pilihan berubah ke arah kebaikan,ye Kasih sayang RABB, sejak kita lahirkan memang tidak putus2,cuba lihat dalam SURAH AR-RAHMAN,berapa banyak kali ALLAH  mengatakan tentang nikmat yang mana yang hendak kita dustakan?Tidak sedarkah kita lagi tentang perkara itu?Namun perkongsian hampir 1 jam 30 minit bersama warga brunei mmg memberikan kesan yang positi kepada diri saya juga,kerana lebih banyak kita bercakap,lebih banyak kita berusaha untuk istiqamah,CINTA ITU LUAS,DAN APA YANG KITA ADA ITULAH CINTA,TIDAK PERLU DISEMPITKAN PERKATAAN CINTA UNTUK PERKARA2 NEGATIF NAMUN BERUSAHA LA MENGEJAR CINTA HAKIKI YANG NIKMATNYA MEMANG TIDAK AKAN PUTUS2!!ALHAMDULLILLAH... Remaja@Hijrah akan menyusul nanti..nantikan update HIJRAH HAKIKI.NET

Isnin, 18 Februari 2013

PERJALANAN HAMBA YANG DHAIF

 
Perkongsian dari pengalaman semasa episod ke 3 solehah,dimana kami pergi ke sebuah pusat kanak-kanak kelainan upaya,apa yang saya ingin gambarkan bahawa kanak2 ini cukup istimewa walaupun kelainan upaya.Mereka adalah kalangan manusia yang memiliki kelebihan sebenarnya.Melihat kepada mereka,saya memikirkan sebenarnya kita manusia yang normal ini sebenarnya mempunyai terlalu banyak sangat kekurangan nak dibanding dengan mereka.Walaupun mereka mungkin tidak mampu bercakap,mungkin tidak mampu untuk berjalan dengan baik ataupun tidak mampu untuk berfikir seperti kita semua,namun mereka sebenar PENDIDIK kita yang merasakan diri kita normal. Ini kerana bersama mereka,saya belajar beberapa perkara yang tidak pernah saya belajar sebelum ini.Mungkin kita rasa kita da cukup mempunyai kesabaran namun cuba kita bersama mereka semua,apakah tahap kesabaran kita semua??Sebenarnya seharian bersama mereka membuatkan saya rasa tercabar dan diuji oleh beberapa keadaan,melangkah masuk kedalam pusat itu,ada yang tersenyum,ada yang buat tidak peduli pada kehadiran saya,Point yang 1,adakah hati kita mengingin kan semua orang hormat kita??inilah yang dapat,saya perlu pergi pada mereka dan hormati mereka tidak kira siapa saya,kerana mereka lebih istimewa daripada saya,rendahkan hati sendiri,ego sendiri untuk bersama mereka,mengenali mereka,melihat aktiviti mereka,pasti anda semua akan mengalirkan air mata,bukan kerana kita kesian tapi kerana kita kagum dengan mereka yang lebih hebat dari kita semua. Point yang 2,setinggi mana jawatan anda diluar,cuba datang untuk bersama mereka walaupun sehari,dan rasakan,jawatan,pangkat yang kita ada hari xkemana pun selagi kita tidak tahu nilai2 manusia yang perlu kita lebih hormati dan sayangi.Keluar dari tempat itu kita pasti akan menunduk malu dan insaf kerana,kita masih lagi tidak mampu untuk menjadi hebat seperti mereka semua. "cuba letakkan diri kita ditempat mereka,dan kita cuba lebih mensyukuri apa yang kita ada" Dan dari sini saya telah susun untuk mereka satu modul "muhasabah" untuk remaja2 diluar untuk lebih menghargai apa yang mereka ada. semua dalam program HIJRAH HAKIKI.NET vs Remaja@Hijrah.