Selasa, 19 Februari 2013

ADAB DENGAN RASULLULLAH DAN ADAB DENGAN MANUSIA


Gambar ini diambil sewaktu saya menunaikan ibadah umrah,gambar ini ditangkap selepas solat subuh dimana kita lihat ramai umat islam melakukan ibadah tawaf.Namun di mekkah dapat menyingkap beberapa buah kisah kita kepada Rasul tercinta. Saya menulis slot ini kerana bertujuan menjawab soalan dari adik2 yang bertanya,saya akan cuba membantu adik itu mana yang termampu.
 
Rasul tercinta banyak meninggalkan kita semua dengan al-quran dan as-sunnah yang perlu kita ambil tahu,amal dan sebarkan semula.Pada masa ini,teknologi menjadi keutamaan namun kita boleh twistkan teknologi kearah kecintaan pada Rasul insyaallah..
 
ADAB PADA RASUL
 
1.BERSELAWAT- cuba kita bayangkan pada akhir kewafatan Rasul tercinta,perkara akhir yang baginda ungkapkan adalah UMMATI,UMMATI,UMMATI..siapakah ummati itu?Ye,UMMATI itu adalah kita semua,betapa pada saat itu Rasul begitu mengasihi kita semua,namun adakah kita mengasihi Rasul??Jadi sahabat2 semua apa salahnya kita mengucapkan selawat pada Rasul setiap hari selepas solat,tidak mahukah kita semua kepada syafaat Rasul PADA HARI AKHIRAT KELAK?rugi lah kehidupan kita seharian dihabiskan masa untuk perkara-perkara lagha namun untuk berselawat jauh sekali..jadi FIKIRKANLAH..
 
2.MENZIARAHI MAKAM- Bagi yang tinggal di madinah,mungkin ada kemudahan untuk berulang kali menziarahi makam nabi,namun bagi kita di MALAYSIA khususnya,kerana itu kita perlu ada cita2 untuk menunaikan umrah dan haji serta berusaha kearah itu,apa guna duit banyak menghabiskan duit dengan membeli kemewahan namun untuk melawat makam nabi kita tidak ada usaha kearah itu,hidup kita hanyala rudi dan sia2 sahaja..jadi Fikirkan...
 
seterusnya ADAB PADA MANUSIA
 
1.MEMBERI SALAM- tidak ada apa yang istimewa pada diri kita sebagai umat islam namun malas untuk memberi salam.Salam itulah perkara murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.
 
2.MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI - manusia yang baik adalah manusia yang memberikan manfaat kepada orang lain secara ikhlas.
 
 
Diharapkan perkara-perkara ini dapat kita sama2 praktikan dan aplikasikan dalam kehidupan semasa kita semua..

1 ulasan: