Isnin, 18 Februari 2013

PERJALANAN HAMBA YANG DHAIF

 
Perkongsian dari pengalaman semasa episod ke 3 solehah,dimana kami pergi ke sebuah pusat kanak-kanak kelainan upaya,apa yang saya ingin gambarkan bahawa kanak2 ini cukup istimewa walaupun kelainan upaya.Mereka adalah kalangan manusia yang memiliki kelebihan sebenarnya.Melihat kepada mereka,saya memikirkan sebenarnya kita manusia yang normal ini sebenarnya mempunyai terlalu banyak sangat kekurangan nak dibanding dengan mereka.Walaupun mereka mungkin tidak mampu bercakap,mungkin tidak mampu untuk berjalan dengan baik ataupun tidak mampu untuk berfikir seperti kita semua,namun mereka sebenar PENDIDIK kita yang merasakan diri kita normal. Ini kerana bersama mereka,saya belajar beberapa perkara yang tidak pernah saya belajar sebelum ini.Mungkin kita rasa kita da cukup mempunyai kesabaran namun cuba kita bersama mereka semua,apakah tahap kesabaran kita semua??Sebenarnya seharian bersama mereka membuatkan saya rasa tercabar dan diuji oleh beberapa keadaan,melangkah masuk kedalam pusat itu,ada yang tersenyum,ada yang buat tidak peduli pada kehadiran saya,Point yang 1,adakah hati kita mengingin kan semua orang hormat kita??inilah yang dapat,saya perlu pergi pada mereka dan hormati mereka tidak kira siapa saya,kerana mereka lebih istimewa daripada saya,rendahkan hati sendiri,ego sendiri untuk bersama mereka,mengenali mereka,melihat aktiviti mereka,pasti anda semua akan mengalirkan air mata,bukan kerana kita kesian tapi kerana kita kagum dengan mereka yang lebih hebat dari kita semua. Point yang 2,setinggi mana jawatan anda diluar,cuba datang untuk bersama mereka walaupun sehari,dan rasakan,jawatan,pangkat yang kita ada hari xkemana pun selagi kita tidak tahu nilai2 manusia yang perlu kita lebih hormati dan sayangi.Keluar dari tempat itu kita pasti akan menunduk malu dan insaf kerana,kita masih lagi tidak mampu untuk menjadi hebat seperti mereka semua. "cuba letakkan diri kita ditempat mereka,dan kita cuba lebih mensyukuri apa yang kita ada" Dan dari sini saya telah susun untuk mereka satu modul "muhasabah" untuk remaja2 diluar untuk lebih menghargai apa yang mereka ada. semua dalam program HIJRAH HAKIKI.NET vs Remaja@Hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan